Pakej Percutian Jakarta Tour Bandung 4D3N – Alam & Budaya

Tour Overview

Pakej Percutian Jakarta Tour Bandung 4D3N – Alam & Budaya – Bagi anda yang mencintai keindahan alam dan pengalaman budaya, Pakej Jakarta Bandung 4H3M – Wisata Alam & Budaya Menarik adalah pilihan terbaik. Perjalanan bermula di Jakarta dengan mengunjungi Kota Tua, di mana anda dapat merasai suasana klasik Batavia dengan bangunan kolonial, Museum Fatahillah, dan pelabuhan bersejarah Sunda Kelapa. Anda juga akan melawat Monas, simbol kemerdekaan Indonesia yang wajib dikunjungi.

Dari Jakarta, perjalanan diteruskan ke Bandung, sebuah kota sejuk yang dikelilingi gunung dan panorama indah. Di hari kedua, anda akan dibawa ke Kawah Putih Ciwidey, sebuah tasik berwarna hijau toska hasil letusan gunung berapi yang sangat menawan. Selain itu, anda boleh memetik buah segar di Strawberry Farm dan menikmati makan tengahari di tepi tasik indah Glamping Lakeside Rancabali.

Hari berikutnya, anda akan mengunjungi kawasan Lembang yang terkenal dengan suasana sejuk dan tarikan keluarga seperti Dusun Bambu atau Floating Market Lembang. Tidak ketinggalan, Farmhouse Lembang dan The Great Asia Africa menawarkan pengalaman budaya antarabangsa dengan spot foto menarik.

Untuk menambah pengalaman budaya, anda akan singgah di Gedung Sate, ikon arsitektur kolonial Belanda, serta berjalan santai di Braga Street, jalan legendaris dengan deretan café dan seni jalanan.

Sepanjang perjalanan, anda akan menikmati hidangan tradisional Sunda yang terkenal dengan kesegaran bahan dan rasa autentik. Pakej tour jakarta bandung ini sudah termasuk penginapan hotel berbintang, makan, pengangkutan selesa, serta tiket masuk ke tempat wisata.

Dengan kombinasi wisata alam, budaya dan sejarah, pakej ini sesuai untuk pelancong yang ingin menikmati suasana lebih tenang sambil menghargai keindahan semula jadi dan nilai tradisi di Jakarta dan Bandung.

Tour Highlights:

  • City tour Jakarta: Monas, Kota Tua, Sunda Kelapa
  • Keindahan Kawah Putih Ciwidey dengan pemandangan unik
  • Aktiviti menyeronokkan di Strawberry Farm
  • Makan tengahari di Glamping Lakeside Rancabali
  • Suasana alam Lembang di Dusun Bambu / Floating Market
  • Foto cantik di Farmhouse & The Great Asia Africa
  • Jalan santai di Braga Street & Gedung Sate

Included/Excluded

  • Hotel sesuai program, untuk sebilik berdua atau bertiga
  • Makan sesuai program
  • Transport Full AC
  • Entrance fee
  • E-Toll dan Parking
  • Mineral water
  • Driver merangkpap Guide
  • Ticket Pesawat
  • Personal expenses
  • Optional tour
  • Tip untuk Pemandu Pelancongan/Driver

Tour Plan

DAY 1
  • Tiba di Jakarta
  • Lawatan Kota Tua Jakarta: Museum Fatahillah, Sunda Kelapa, Batavia Café
  • Makan malam di Restoran Indonesia Klasik
  • Bertolak ke Bandung pada malam hari
  • Check-in hotel Bandung & bermalam
DAY 2
  • Sarapan pagi di hotel
  • Lawatan ke Kawah Putih Ciwidey (gunung berapi kawah sulfur yang indah)
  • Kunjungan ke Strawberry Farm – petik strawberry sendiri
  • Makan tengahari di Glamping Lakeside Rancabali
  • Singgah di Rancabali Tea Plantation
  • Makan malam & kembali ke hotel Bandung
DAY 3
  • Sarapan pagi di hotel
  • Lawatan ke Dusun Bambu / Floating Market Lembang
  • Aktiviti & foto di Farmhouse Lembang & The Great Asia Africa
  • Makan tengahari di restoran Sunda
  • Santai di Braga Street / Alun-Alun Bandung
  • Makan malam di Dago dengan view citylight
DAY 4
  • Sarapan pagi & check-out hotel
  • Foto stop di Gedung Sate & Taman Balai Kota
  • Singgah di Kartika Sari (oleh-oleh khas Bandung)
  • Bertolak ke Jakarta Airport untuk penerbangan pulang