Tour Overview
Alami percutian yang luar biasa dengan Pakej Jakarta – Puncak – Bandung 5 Hari 4 Malam, gabungan sempurna antara udara sejuk pergunungan, keindahan alam semula jadi, dan keseronokan membeli-belah di dua bandar terkenal Indonesia.
Perjalanan anda bermula di Jakarta, di mana anda akan terus menuju ke Puncak Bogor – kawasan pelancongan popular yang terkenal dengan ladang teh yang menghijau dan udara nyaman. Nikmati pengalaman menarik di Taman Safari Indonesia, tempat terbaik untuk melihat haiwan liar dari jarak dekat.
Seterusnya, anda akan menjelajahi Bandung, kota fesyen dan kulinari yang penuh tarikan. Lawatan meliputi destinasi terkenal seperti The Great Asia Africa, Floating Market Lembang, Maribaya Hot Spring, serta keindahan Kawah Putih Ciwidey di Bandung Selatan.
Perjalanan diakhiri dengan eksplorasi kota Jakarta, mengunjungi ikon seperti Monumen Nasional (Monas) dan Masjid Istiqlal, disertai aktiviti membeli-belah di Mangga Dua dan Thamrin City.
Pakej ini sesuai untuk keluarga, pasangan, mahupun rombongan yang ingin menikmati pengalaman percutian santai, selesa, dan penuh kenangan bersama Aulia Tour Bandung.
Tour Highlights
- Nikmati udara sejuk dan panorama indah di Puncak Bogor, kawasan pergunungan yang terkenal dengan ladang teh hijau membentang luas.
- Lawatan menarik ke Taman Safari Indonesia, taman haiwan terbuka dengan pengalaman melihat haiwan liar dari dalam kenderaan.
- Singgah bergambar di Gunung Mas Tea Plantation sambil menikmati minuman teh panas yang menyegarkan.
- Aktiviti membeli-belah di Pasar Baru Trade Center, Rumah Mode, dan Factory Outlet Dago – pusat fesyen terkenal di Bandung.
- Lawatan ke The Great Asia Africa, taman tema budaya dengan pelbagai replika negara Asia dan Afrika yang sesuai untuk bergambar.
- Nikmati suasana unik di Floating Market Lembang, tempat menjual makanan tradisional dari perahu atas air.
- Bersantai di Maribaya Natural Hot Spring, menikmati udara segar dan panorama air terjun semula jadi.
- Terpesona dengan keindahan Kawah Putih Ciwidey, tasik berwarna kehijauan di lereng gunung berapi.
- Bergambar di Glamping Lakeside Rancabali dengan latar kapal pinisi ikonik.
- Lawatan kota Jakarta termasuk Monumen Nasional (Monas), Masjid Istiqlal, dan Katedral Jakarta.
- Shopping di Mangga Dua Square, Thamrin City, dan Sarinah Mall, pusat ole-ole dan barangan tempatan terkenal.
- Termasuk penginapan 4 malam di hotel pilihan, makan harian, pengangkutan selesa dan pemandu pelancong berpengalaman.
Included/Excluded
-
Hotel sesuai pilihan, sebilik untuk berdua atau bertiga
-
Transport Full AC
-
Makan sesuai program
-
Pemandu Pelancongan
-
Entrance Fee
-
E-Toll dan Parking
-
Air Mineral
-
Ticket Kapal Terbang
-
Personal expenses
-
Optional tour
-
Tip untuk Pemandu Pelancongan
Tour Plan
HARI 1: KETIBAAN DI JAKARTA – LAWATAN KE PUNCAK BOGOR – TAMAN SAFARI
- Tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta (Soeta), disambut oleh wakil Aulia Tour.
- Bertolak menuju ke Puncak Bogor melalui lebuh raya tol (±3 jam perjalanan).
- Singgah untuk makan tengah hari di restoran tempatan dengan pemandangan gunung yang indah.
- Lawatan ke Taman Safari Indonesia, destinasi keluarga terkenal dengan pengalaman haiwan bebas.
- Nikmati udara sejuk dan panorama ladang teh di Puncak Pass.
- Mampir di Gunung Mas Tea Plantation untuk bersantai dan bergambar.
- Makan malam di restoran tempatan.
- Check in hotel di Puncak dan berehat.
HARI 2: PUNCAK – PERJALANAN KE BANDUNG – SHOPPING PASAR BARU – FACTORY OUTLET
- Sarapan pagi di hotel dan check out.
- Bertolak menuju ke Bandung melalui jalan tol Cipularang (±4 jam perjalanan).
- Tiba di Bandung dan makan tengah hari di restoran tempatan.
- Aktiviti membeli-belah di Pasar Baru Trade Center – syurga kain, pakaian, tudung & telekung.
- Seterusnya ke Factory Outlet Dago dan Rumah Mode, tempat membeli-belah paling popular di Bandung.
- Melawat Alun-Alun Bandung dan bergambar di depan Masjid Raya Bandung.
- Makan malam di restoran tempatan.
- Check in hotel di Bandung dan berehat.
HARI 3: BANDUNG UTARA TOUR - SHOPPING
- Sarapan pagi di hotel.
- Bertolak menuju ke Lembang, kawasan pergunungan sejuk di Bandung Utara.
- Lawatan ke The Great Asia Africa, taman tema mini dengan suasana pelbagai negara Asia & Afrika.
- Seterusnya ke Floating Market Lembang, tempat menarik untuk mencuba makanan tempatan dan aktiviti rekreasi.
- Makan tengah hari di restoran tempatan dengan panorama indah.
- Melawat ke Maribaya Natural Hot Spring untuk menikmati udara segar dan air terjun semula jadi.
- Berhenti untuk membeli-belah di Rumah Mode dan kedai minyak wangi tempatan.
- Menikmati kopi petang di kafe sekitar Dago.
- Makan malam dan kembali ke hotel untuk berehat.
HARI 4: BANDUNG SELATAN TOUR – SHOPPING – PERJALANAN KE JAKARTA
- Sarapan pagi di hotel dan check out.
- Bertolak menuju ke Bandung Selatan (Ciwidey) untuk mengunjungi Kawah Putih, tasik belerang terkenal dengan pemandangan eksotik.
- Bergambar di kawasan Glamping Lakeside Rancabali dengan kapal pinisi ikonik.
- Makan tengah hari di restoran tempatan.
- Perjalanan ke Jakarta melalui lebuh raya tol (±3 jam perjalanan).
- Setibanya di Jakarta, singgah untuk makan malam di restoran tempatan.
- Check in hotel dan berehat.
HARI 5: JAKARTA CITY TOUR - SHOPPING - TRANSFER AIRPORT
- Sarapan pagi di hotel dan check out.
- Lawatan ke Monumen Nasional (Monas) – ikon kota Jakarta.
- Bergambar di Masjid Istiqlal dan Gereja Katedral Jakarta bersebelahan.
- Aktiviti membeli-belah di Mangga Dua Square atau Thamrin City untuk ole-ole sebelum pulang.
- Makan tengah hari di restoran tempatan.
- Dihantar ke Lapangan Terbang Soekarno-Hatta (Soeta) untuk penerbangan pulang.
- Tour tamat dengan kenangan indah bersama Aulia Tour Medan.