
Pakej Jakarta Bandung 4D3N – City Tour & Shopping Murah ini sesuai untuk pelancong Malaysia yang ingin merasai gabungan antara city tour dan pengalaman membeli-belah terbaik di Jakarta dan Bandung. Dalam Pakej Jakarta Bandung 4H3M – City Tour & Shopping Murah, anda akan dibawa menjelajahi tempat ikonik di Jakarta seperti Monas (Monumen Nasional) yang menjadi simbol negara, serta Masjid Istiqlal dan Gereja Katedral yang berdiri megah bersebelahan sebagai lambang keharmonian. Tidak ketinggalan, anda akan singgah di Kota Tua Jakarta dengan bangunan bersejarah kolonial Belanda yang sangat fotogenik.
Selepas puas bersiar-siar, tibalah masa untuk acara wajib: shopping di Jakarta. Nikmati pengalaman membeli-belah di Tanah Abang dan Mangga Dua, pusat tekstil dan fesyen terbesar yang terkenal dengan harga berpatutan.
Perjalanan diteruskan ke Bandung melalui Tol Cipularang. Di sini, anda akan menikmati udara sejuk serta suasana kota kreatif dengan tarikan bersejarah seperti Gedung Sate dan kawasan ikonik Braga Street. Bandung memang syurga membeli-belah – anda akan dibawa ke Pasar Baru Trade Center untuk kain, telekung, batik, dan tudung. Bagi peminat fesyen, Factory Outlet Dago dan Riau Street adalah tempat terbaik untuk mendapatkan pakaian berjenama dengan harga jauh lebih murah.
Selain shopping, anda juga akan berpeluang melawat tarikan unik di Lembang, seperti Farmhouse dan The Great Asia Africa, sebelum menikmati makan malam dengan pemandangan citylight Bandung yang romantis.
Pakej tour bandung ini merangkumi penginapan selesa di hotel 3/4 bintang, makan pagi, makan tengahari dan malam, pengangkutan selesa serta tiket masuk tempat lawatan. Dengan gabungan city tour dan shopping, pakej ini sangat sesuai untuk anda yang ingin merasai percutian singkat, berbaloi dan penuh pengalaman menarik di Jakarta dan Bandung.